Kursus Bahasa Inggeris Untuk Perkhidmatan Pelanggan


Masakini, kita tidak dapat mengelak daripada menggunakan Bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian. Ianya bahasa pengantara penting yang digunakan untuk berhubung serta menyampaikan ilmu. Namun, akibat daripada penguasaannya yang lemah, ramai yang mengelak daripada menggunakannya. Hal ini berlaku kerana kita dibelenggu perasaan tidak yakin dan malu yang berkait rapat dengan keadaan kita yang berada di dalam satu kitaran negatif berhubung dengan Bahasa Inggeris. Keadaan ini menjejaskan kewibawaan diri lantas melunturkan keberkesanan kerja dan kecemerlangan kerjaya.

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta-peserta keluar daripada belenggu kitaran negatif dan memulakan satu kitaran positif dengan pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris tanpa rasa takut untuk melakukan kesilapan kosakata, tatabahasa dan sebutan. Setelah tamat kursus, peserta-peserta akan dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin, berkesan dan bergaya lantas menjadikannya satu titik permulaan untuk terus menguasainya dengan cemerlang.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK PERKHIDMATAN PELANGGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Tidak Fasih Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Melayan Pelanggan


Encik Abu ialah seorang usahawan yang berjaya. Beliau hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi berkat usaha keras dan sifat tidak putus asa, beliau sekarang memiliki 5 cawangan restoran yang dinamakan Pak Abu Foodstop. Pak Abu Foodstop bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan, malahan juga di kalangan pelancong.

Oleh kerana Encik Abu tidak berapa fasih berbahasa Inggeris, Encik Abu sentiasa bergantung kepada anaknya Atan untuk menjadi jurubahasa beliau apabila pelancong menanyakan soalan seperti cara beliau menyediakan masakan, bahan apakah digunakan dalam masakan dan lain-lain.

Matt berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan Youtuber berpengaruh dalam mengulas makanan di seluruh dunia. Untuk videonya kali ini, dia singgah di kedai Encik Abu dan ingin mengulas tentang makanan di kedainya. Matt berpendapat bahawa orang Malaysia tidak kira usia, fasih Berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya mengetahui asas Bahasa Inggeris.  

Namun, Encik Abu langsung tidak tahu berbahsa Inggeris. Malangnya lagi, Atan sedang berada di universiti pada ketika itu. Encik Abu tidak dapat melayan Matt, justeru Matt singgah di kedai makan yang berdekatan. Jika Encik Abu mahir berbahasa Inggeris, sudah tentu restoran Encik Abu dikenali di seluruh dunia.

Kajian Kes 2: Akibat Penggunaan Bahasa Inggeris Yang Terhad Dalam Melayan Pelanggan


Fadli, 18 tahun, ialah pelajar lepasan SPM yang bekerja di salah sebuah restoran makanan segera sementara menunggu keputusan kemasukan di universiti. Fad mempunyai penggunaan bahasa Inggeris yang asas tetapi memuaskan. Hobinya bermain permainan video sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan ini.

Pada satu hari, Fadli menerima pelancong dari United Kingdom di kaunter nya. Fadli mengetahui bahawa pelancong itu berasal dari United Kindgom kerana loghat Inggeris nya yang dalam. Fadli berasa gementar namun amat gembira untuk melayan pelancong tersebut.

"Welcome, SIr, dine in or take away?" "Dine in, may I have a burger with chips, please?" "OK Sir, anything else?" "That would be all" "Thank you, Sir". Namun, apabila pesanan pelancong itu sampai, pelancong itu berasa hairan kerana Fadli meletakkan kerepek bersama pesanan nya, bukan nya kentang goreng.

"Excuse me" "Yes, Sir?" "I ordered chips" "That is chips, Sir" "This is crisps, when I said chips, I mean french fries, I thought Malaysian learn British English instead of American English" "I'm sorry Sir, I will change it straight away". Fadli berasa malu akibat peristiwa ini dan mula mempelajari Bahasa Inggeris secara formal, bukan nya dari permainan video.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK PERKHIDMATAN PELANGGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Yang Baik Dalam Melayan Pelanggan


Amat adalah pakar ukiran kayu tradisional. Dia telah mewarisi kemahiran ini dari ayahnya. Walaupun perniagaan nya dikenali di seluruh Malaysia, Amat berasa tidak puas hati. Ini kerana pasaran Malaysia agak terhad dengan saingan yang sengit. Amat merasakan bahawa jika dia dapat memasarkan hasilkan kerjanya di luar negara, sudah tentu pulangan yang lumayan menantinya.

Justeru, Amat tekad untuk memulakan langkah untuk memasarkan produknya. Dia memulakan langkah tersebut dengan membuat akaun Facebook untuk mempromosikan produknya. Status nya ditulis di dalam Bahasa Inggeris untuk menarik minat pengumpul luar negara. Di samping itu, dia juga mendaftarkan diri dalam pameran seni antarabangsa.

Ianya membuahkan hasil. Pendaftaran Amat berjaya. Dia mula memilih hasil karya nya yang akan dipamerkan kelak. Pada hari pameran tersebut, booth Amat dipenuhi pengumpul luar negara. Selain dari teknik pemasaran Facebook, kefasihan Amat di dalam Bahasa Inggeris juga menjadi salah satu faktor besar.

Kebolehan Amat untuk menerangkan karya nya di dalam Bahasa Inggeris telah menarik pengumpul luar negara untuk membelinya. Seperti firasat Amat sebelum ini, pulangan yang diperolehi amat lumayan. Pada hari penutupan pameran, Amat telah menerima tempahan yang apabila dijumlahkan, mencecah jutaan ringgit. Jika Amat tidak fasih berbahasa Inggeris, sudah tentu dia tidak akan menerima untung sebanyak ini.

No comments:

Post a Comment