Ringkasan Kursus Bahasa Inggeris Untuk Perkhidmatan Pelanggan



Kursus ini adalah kursus intensif 2 hari yang telah dirumus khas untuk membimbing peserta-peserta menambah keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris sambil meningkatkan penguasaan kosakata, tatabahasa dan sebutan.

Matlamat Kursus

Masakini, kita tidak dapat mengelak daripada menggunakan Bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian. Ianya bahasa pengantara penting yang digunakan untuk berhubung serta menyampaikan ilmu. Namun, akibat daripada penguasaannya yang lemah, ramai yang mengelak daripada menggunakannya. Hal ini berlaku kerana kita dibelenggu perasaan tidak yakin dan malu yang berkait rapat dengan keadaan kita yang berada di dalam satu kitaran negatif berhubung dengan Bahasa Inggeris. Keadaan ini menjejaskan kewibawaan diri lantas melunturkan keberkesanan kerja dan kecemerlangan kerjaya.

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta-peserta keluar daripada belenggu kitaran negatif dan memulakan satu kitaran positif dengan pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris tanpa rasa takut untuk melakukan kesilapan kosakata, tatabahasa dan sebutan. Setelah tamat kursus, peserta-peserta akan dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin, berkesan dan bergaya lantas menjadikannya satu titik permulaan untuk terus menguasainya dengan cemerlang.

Pendekatan Kursus

Kursus ini menggunakan pendekatan kaedah pembelajaran dewasa yang mengguna pakai strategi pembelajaran aktif dan tuntas demi memastikan tahap pemahaman dan ingatan yang tinggi. Peserta-peserta akan menumpukan 80% daripada peruntukan masa kursus menjalankan aktiviti-aktiviti latihan secara perseorangan, berpasangan dan berkumpulan dalam suasana yang rancak dan penuh keceriaan. Hanya 20% daripada peruntukan masa kursus dalam bentuk taklimat dan arahan daripada jurulatih.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK PERKHIDMATAN PELANGGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Sukatan Kursus

Modul 1
Mengatasi Takut Menggunakan Inggeris

Perihal ketakutan menggunakan Bahasa Inggeris; Belenggu kitaran negatif; Memulakan kitaran positif; Cara mudah menambah penguasaan; Akujanji
Modul 2
Pengenalan Diri

Latihan memperkenalkan diri; Kosakata berkaitan pengenalan diri; Penggunaan tatabahasa untuk menunjukkan tempat dan masa (preposition); Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan

Modul 3
Tatabahasa: Menyesuaikan Bentuk Katakerja Mengikut Subjek Ayat (Subject Verb Agreement)

Perihal peraturan bila perlu menambah s/es kepada penghujung katakerja contohnya “I prepare this document everyday” dan “She prepares this document everyday”.

Modul 4
Perbualan Di Kaunter

Latihan memberi dan menyambut ucap selamat; Menawarkan bantuan; Bertanyakan khabar; Berbual secara  spontan; Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan

Modul 5
Cara Bertanyakan Soalan

Berlatih bertanyakan soalan dengan betul menggunakan did/do/does contohnya
  • Did you meet Encik Ali yesterday?
  • Does she want to meet Encik Ali?
  • Do you want to meet Encik Ali?

Menggunakan is/are/am/was/were contohnya
  • Were you here to meet Encik Ali yesterday?
  • Are you here to meet Encik Ali?

Menggunakan has/have contohnya
  • Have you paid the fee?
  • Has she paid the fee?

Menggunakannya di pelbagai situasi berkaitan dengan kaunter

Modul 6
Perbualan Lanjutan Di Kaunter

Latihan bertanyakan maklumat, Memberi maklumat, meminta bayaran, memberi pulangan wang dan lain-lain perbualan di kaunter, Pengenalan kosakata dan tatabahasa lanjutan yang berkaitan
Modul 7
Tatabahasa: Menyesuaikan Bentuk Katakerja Mengikut Keadaan Dan Masa (Simple Present & Present Continuous Tense)

Perihal peraturan keadaan dan bila perlu menggunakan “Simple Present Tense” contohnya He always washes his car; dan “Present Continuous Tense” contohnya He is washing his car now.

Modul 8
Rencah Perbualan Di Kaunter

Latihan menangani pelanggan yang rumit, bertanya soalan untuk memahami masalah pelanggan, menolak permintaan dengan sopan, memohon maaf, merujuk kepada ketua, pengenalan pelbagai kosakata dan tatabahasa yang berkaitan


Jadual Kursus

Masa
Hari Pertama
Hari Kedua
9.00 am
Mengatasi Takut Menggunakan Inggeris  (M1)
Perbincangan dan Akujanji

Cara Bertanyakan Soalan (M5)
Taklimat & Latihan persendirian

10.30 am
Minum Pagi
10.45 am
Pengenalan Diri (M2)
Latihan persendirian
Perbualan Lanjutan Di Kaunter (M6)
Latihan berpasangan

1.00 pm
Makan Tengahari
2.00 pm
Tatabahasa: Menyesuaikan Bentuk Katakerja Mengikut Subjek Ayat (Subject Verb Agreement) (M3)
Taklimat & Latihan persendirian

Tatabahasa: Menyesuaikan Bentuk Katakerja Mengikut Keadaan Dan Masa (Simple Present & Present Continuous Tense) (M7)
Taklimat & Latihan persendirian

3.30 pm
Minum Petang
3.45 pm
Perbualan Di Kaunter (M4)
Latihan berpasangan

Rencah Perbualan Di Kaunter (M8)
Latihan berpasangan

Soalan berbangkit; Rumusan kursus; Majlis penamat dan penyampaian sijil

5.00 pm
Tamat

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK PERKHIDMATAN PELANGGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

No comments:

Post a Comment